Sunday 14 April 2013

Kesalahan saksi



Jika saksi melakukan kesalahan dalam kesaksiannya kepada si pencuri sedangkan hukuman hadd sudah dilaksanakan seperti misalnya mereka terbukti berbohong atau ada pengakuan dari orang lain bahawa dialah pelaku pencurian yang sebenarnya bukan orang yang tertuduh pertama atau ternyata berdasarkan bukti yang kuat bahawa pelakunya bukan orang yang tertuduh tadi atau adanya pengakuan dari kedua saksi bahawa terjadi kesalahan dalam melaksanakan kesaksian terhaddap orang yang dihukum maka wajib bagi hakim untuk memutuskan bahawa dua saksi tersebut wajib membayar denda yang setimpal atas terpotongnya tangan si tertuduh yang ternyata tidak bersalah tadi. Adapun jika dua saksi tersebut mengatakan seperti berikut: “Sesungguhnya kami memang sengaja melakukan kesaksian palsu atasnya kerana kami menaruh dendam terhaddapnya”, maka mereka wajib membayar denda atas terpotongnya tangan si tertuduh tersebut. Namun tidak boleh memotong tangan dua orang sebagai tebusan dari satu tangan kerana dinilai sebagai tindakan kezaliman atas mereka berdua.

Mazhab Syafi’e – jika dua orang telah melakukan kesaksian bahawa seseorang telah mencuri, kemudian kesaksian mereka terbukti bohong setelah dilaksanakan hadd kepada yang dituduh tersebut maka wajib bagi imam untuk memanggil kedua saksi tersebut dan menanyakan sebab kesalahn dalm kesaksian mereka. Jika mereka mengatakan: “Kami telah salah menuduhnya”, maka wajib bagi mereka untuk membayar diyat atas tangan yang dipotong tersebut. Namun jika mereka mengatakan: “Kami sengaja menuduh orang tersebut secara zalim”, maka tangan mereka berdua dipotong secara qisas.

No comments:

Post a Comment