Wednesday 17 April 2013

Memberikan kemaafan kepada pelaku qadzaf



Sesungguhnya korban qadzaf memiliki hak untuk memberikan maaf kepada pelaku qadzaf atas dirinya. Dengan kemaafan tersebut had qadzaf dapat gugur dari si pelaku. Tentunya kemaafan yang diberikan korban tersebut adalah keleluasaan baginya. Jika seseorang menuduh tuduhan berzina kepada seseorang maka dibenarkan baginya untuk meminta redha atau maaf dari korbannya dengan menghilangkan pengaruh buruknya dari dirinya. Jika si mangsa mahu memberikan maaf kepadanya maka kemaafan yang diberikan tersebut sah. Baik terjadi sebelum diangkatnya perkara ke meja hakim atau sesudahnya. Pendapat ini diwakili oleh ulama Syafi’eyah dan Hanabilah.

Sementara ulama Malikiyah menyepakati pendapat tersebut jika kemaafan tersebut diberikan sebelum perkara diangkat ke meja hakim. Adapun jika perkara telah diangkat ke meja hakim maka kemaafan tersebut tetap sah jika korban qadzaf bimbang buruknya nama baik atas dirinya dan jika ia memang dikenal sebagai orang yang menjaga kehormatan diri dan tidak berpengaruh tuduhan buruk apapun kepadanya maka kemaafan tersebut tidak sah.

Syafi’eyah dan Hanabilah – sesungguhnya had qadzaf adalah hak bagi korban qadzaf meskipun didalamnya terdapat hak syariat. Namun lebih diutamakan hak hamba kerana melihat keperluannya dan ketidakbutuhan syariat. Adalah hal yang masuk akal bahawa seorang hamba dapat mengambil manfaat dari had qadzaf secara khusus. Contohnya dalah sama dengan qisas dimana tidak dilaksanakan kecuali dengan tuntutan pemilik haknya. Jadi pemilik hak had tersebut berhak menggugurkannya hadnya dari pelaku qadzaf dan memberi maaf kepadanya. Hal itu disebabkan kerana hak hamba dalam had qadzaf lebih dominant dari hak syariat kerana didalamnya terdapat usaha menjaga kehormatan manusia.

Hanafiah – korban qadzaf tidak dibenarkan untuk menggugurkan had qadzaf dari pelakuqadzaf. Selain itu juga tidak diharuskan untuk memberikan kemaafan kepada pelaku qadzaf atau membebaskannya dari had qadzaf. Hal itu disebabkan kerana didalam had qadzaf terdapat hak Allah s.w.t yang lebih dominant. Dan tidak diperselisihkan lagi bahawa didalam had qadzaf terdapat hak hamba dan hak syariat. Keradaan had qadzaf disyariatkan bertujuan untuk menghilangkan aib dari korban qadzaf dan dialah yang mengambil manfaat secara khusus dari had qadzaf tersebut. Dari sisi ini had qadzaf itu sendiri adalah hak seorang hamba dan didalamnya terdapat makna larangan. Oleh kerana itu dinamakan dengan had atau yang mencegah atau yang melarang. Tujuannya adalah menghindarkan masyarakat dari kerosakan dan membersihkannya dari kemungkaran. Dan inilah tanda syariat Islam.
 


Malikiah – sesungguhnyahad qadzaf adalah hak seorang hamba yang tidak dilaksanakan kecuali dengan tuntutan atau permintaannya. Ertinya si hamba berhak untuk menggugurkannya jika tidak mengangkat perkara kepada hakim. Adapun jika ia telah mengangkat perkara kepada hakim dan telah sampai kepadanya maka tidak dibenarkan bagi siapapun untuk menggugurkannya dalam keadaan ini. Hal itu disebabkan kerana para ulama telah sepakat bahawasanya had jika telah diangkat kepada hakimmaka wajib bagi hakim untuk melaksanakan had atas pelakunya. Dengan demikian dalam keadaan ini diharamkan untuk menerima syafaat untuk menggugurkan had tersebut. Kecuali jika menginginkan untuk menutupi aib yang timbul pada korban qadzaf tersebut.

No comments:

Post a Comment