Wednesday 17 April 2013

Mencuri barang kerabat sendiri



Hanafiah – sesiapa yang mencuri harta orang tua dan seterusnya keatas seperti datuk, ayah datuk dan seterusnya maka tidak dikenakan hadd. Kerana selalu ada sifat kedermaan diantara mereka. Selain itu mereka juga termasuk orang yang diizinkan masuk ke tempat penyimpanan harta orang-orang tersebut. Bahkan mereka dianggap satu harta dan satu hak milik kerana rasa kasih saying dari orang tua kepada anaknya. Itulah sebabnya pula diantara mereka tidak dibenarkan untuk saling memberikan kesaksian. Begitupun juga sebaliknya tidak dikenakan hadd jika orang tua mencuri harta anaknya sebagaimana disebutkan dalam haddis:”Kamu dan hartamu adalahmilik ayahmu”.

Malikiah – tidak ada hadd dalam pencurian yang dilakukan orang tua atau datuk terhaddap harta anak atau cucunya. Akan tetapi jika anak atau cucu mencuri harta orang tua atau datuk dikenakan hadd kerana anak tidak mempunyai ha katas harta orang tuanya dan juga mereka dikenakan hadd jika berzina dengan hamba sahaya milik orang tuanya dan dikenakan qisas ketika membunuh orang tuanya. Adapun pencurian yang terjadi dalam kerabat Rahim dikenakan hadd tanpa ada perbezaan.

Syafi’eyah – tidak ada hadd dalm pencurian antara orang tua dengan anak dan yang dibawahnya atau antara anak dengan orang tua dan yang diatasnya kerana salah satu syarat yang harus dipenuhi dalam hadd mencuri adalah tidak ada syubhat dalam harta curian sedang mereka semua mempunyai ha katas harta lainnya maka hal tersebut menjadikannya adanya syubhat jika terjadi kespencurian diantara mereka. Sedangkan jika syubhat ada dalam satu kes pidana maka gugurlah hadd sebagaimana disebutkan dalam haddis:”Gugurkanlah hadd kerana syubhat”.

Hanabilah – tidak ada hadd ketika orang tua dan yang diatasnya mencuri harta anaknya dan yang dibawahnya kerana anak dan harta yang dimilikinya merupakan milik orang tua dan juga mereka adalah orang yang memiliki hak untuk dipatuhi setelah Allah s.w.t sebagaimana dalam al-Quran disebutkan:”Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tuamu”.(Surah al-Nisa’:36)

No comments:

Post a Comment