Wednesday 17 April 2013

Pencurian berkumpulan



Para ulama sependapat jika sekumpulan orang melakukan pencurian dan setiap orang dari mereka mendapatkan harta yang melebihi nisab maka mereka semua itu dikenakan had potong tangan kerana semuanya telah melakukan pengambilan harta dan memasuki tempatnya bersama-sama dan satu sama lain saling membantu dalam melakukannya. Kemudian bergerombol adalah merupakan kebiasaan yang dilakukan pencuri yakni pencurian jarang dilakukan oleh satu orang. Sebab itu maka secara syariat pencurian itu pun dinisbatkan kepada mereka semua. Akan tetapi jika kelompok tersebut mencapai nisab dalam permasalahan ini para ulama berbeza pendapat.

Hanafiah dan Syafi’eyah – mereka semua tidak dikenakan had potong tangan kerana had itu dikenakan kepada setiap mereka kerana perbuatan masing-masing maka harus diperhatikan kesempurnaan perbuatan masing-masing dari mereka sedangkan harta yang dicuri oleh masing-masing mereka tidak mencapai batas yang mewajibkan hukuman had potong tangan, dengan demikian maka hukuman had menjadi gugur kerana tidak terpenuhi salah satu syaratnya. Adapun had potong tangan didasarkan kepada nisab dimaksudkan untuk menjaga kehormatan tangan sebagai bahagian tubuh manusia yang sangat penting.

Malikiah – jika harta yang dicuri merupakan harta yang untuk mencurinya harus dilakukan secara beramai-ramai maka hukuman had wajib dijalankan kepada mereka semua. Namun jika barang atau harta yang dicuri dapat dibawa olehsatu atau dua orang maka dalam mazhab ini terdapat dua pendapat:

Pertama: dikenakan had bagi mereka semua

Kedua: tidak dikenakan had bagi semua jika setiap orang hanya mengambil harta yang tidak mencapai nisab akan tetapi jika salah satu dari mereka ada yang mengambil harta yang mencapai nisab sebelum digabungkan dengan yang lain maka dikenakan had bagi yang mengambil mencapai nisab

Hanabilah – wajib dikenakan had bagi mereka semua baik harta curian adalah barang berat yang hanya dapat dicuri secara beramai-ramai mahupun barang yang dapat dicuri sendirian baik mereka semua bersama-sama mengeluarkan barang curian dari tempatnya mahupun setiap orang mengeluarkan barang yang jika dikumpulkan mencapai satu nisab. Hal yang dimaksudkan sebagai perlindungan terhadap harta dan hak setiap manusia. Kemudian harta yang dicuri telah mencapai jumlahatau batas yakni batas yang mewajibkan had potong tangan. Dengan hukuman yang sedemikian ketat maka diharapkan harta kekayaan warga akan dapat terjaga dari tangan-tangan jahil para penjahat

No comments:

Post a Comment