Tuesday 16 April 2013

Pencurian dalam asrama dan hotel



Para pembesar mazhab sependapat bahawa orang-orang yang menghuni satu gedung yang sama seperti apartmen, hotel, asrama atau yang serupa dengannya yang mana setiap orang mempunyai ruangan khusus sebagai tempat tinggal yang dituutup dengan pintu. Jika ada yang mencuri harta dari rumah peribadi seseorang maka ia akan dikenakan hukuman hadd dengan mengeluarkan barang darinya dan maka ia akan dikenakan hukuman hadd dengan mengeluarkan barang darinya dan membawanya keruangan umum meski tidak dibawa masuk kedalam ruangan peribadi milik pencuri itu. Kerana dengan mengeluarkannya dari ruangan peribadi orang lain keruangan umum dianggap sama dengan mengeluarkan barang kejalan umum. Para pembesar mazhab juga sependapat bahawa tidak wajib hadd bagi orang yang mencuri barang dari ruangan gedung milik umum meski dibawa masuk kedalam ruangan peribadi pencurinya kemudian kerana ruangan gedung adalahtempat yang dimasuki semua orang dan dapat digunakan untuk melakukan jual beli sebagaimana jalan milik umum kecuali jika barangnya adalah haiwan tunggangan atau motosikal yang diikat meski berada diruangan umum gedung tersebut.

Para ulama berbeza pendapat dalam permasalahan orang yang menghuni satu rumah milik bersama:

Malikiah dan ulama fiqh lainnya mengatakan bahawa wajib dikenakan hadd orang yang mencuri barang dari kamar orang lain kerana itu sebagai penjaga bagi barang yang didalamnya.

Shahibani, Imam Muhammad dan Abu Yusuf dari Hanafiah – tidak ada kewajipan hadd baginya jika mengeluarkan barang dari kamar orang lain hukuman baru berlaku jika sampai mengeluarkan barang dari rumah tersebut kerana dia termasuk diizinkan untuk memasukinya dan kerana sebuah rumah dengan segala kamar masing-masing dianggap satu kerana itu maka untuk dapat dikatakan pencurian mestilah dengan cara mengeluarkan barang dari bangunan rumah tersebut.

No comments:

Post a Comment