Sunday 14 April 2013

Menikahi wanita penzina



Hanafiah dan Syafi’eyah mengatakan jika seorang lelaki berzina maka boleh baginya untuk menikahi wanita yang dizinainya tersebut dengan akad nikah yang sah. Kerana zina tidak mengakibatkan haramnya akad nikah dengan seorang perempuan sebagaimana yang diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki yang berzina pada zaman Abu Bakar dan mereka dicambuk seratus kali sebagai hadd bagi mereka kerana bukan muhsan, kemudian beliau menikahkan satu sama lain dan mengasingkan mereka selama satu tahun. Hal sama juga diriwayatkan dari Umar bin Khattab, Ibnu Mas’ud dan Jabir bin Abdullah.

Ibnu Abbas mengatakan dalam hukum ini: “Pertamanya perzinaan kemudian pernikahan dan pernikahan tidak menjadi haram kerana perzinaan. Hal itu sama seperti orang yang mencuri buah dari perkarangan orang lain kemudian pemiliknya datang dan dia membeli buah tersebut darinya, apa yang dia curi adalah haram dan yang dibeli adalah halal”.

Mazhab Malikiah – jika seorang lelaki berzina maka tidak sah wanita tersebut untuk dinikahinya sampai benar-benar diyakininya bahawa benih perzinaan yang tertanam pada Rahim perempuan tersebut hilang. Kerana pernikahan adalah sesuatu suci dan jangan sampai bercampur antara benih yang suci dengan benih yang haram yang hina dengan yang terhormat. Allah s.w.t berfirman: “Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik dan perempuan yang berzina tidak dikahwini oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mu’min” (al-Nur:3).

No comments:

Post a Comment