Wednesday 17 April 2013

Jika seseorang melontarkan qadzaf kepada orang lain berulang-ulang



Para imam mazhab telah sepakat bahawasanya jika ada orang yang melontarkan qadzaf kepada orang lain secara berulang-ulang, disatu majlis atau di berbagai majlis yang berbeza baik qadzaf tersebut dengan satu kalimat atau dengan sejumlah kalimat kepada satu orang atau sekumpulan orang maka had cambukan tersebut tidak dilakukan secara berulang-ulang dengan dalil qadzaf yang berulang-ulang dilakukan. Akan tetapi yang dilakukan adalah sekali had qadzaf saja.

Adapun jika seseorang melontarkan dua kali qadzaf kepada satu orang maka ia dikenakan satu had saja. Kecuali jika ia mengulangi qadzaf tersebut setelah pelaksanaan had maka had tersebut pun diulangi kembali meskipun lafaznya tidak secara terang-terangan. Contohnya adalah perkataannya setelah pelaksanaan had “demi Allah, aku tidak berbohong”, atau yang lainnya dari berbagai lafaz yang menunjukkan kepada tuduhan perbuatan zina. Alasannya adalah kerana tindakan tersebut dianggap sebagai had baru setelah had pertama.

Selain itu, para imam mazhab juga sepakat bahawa jika seseorang melakukan sekali qadzaf maka ia dikenakan satu had saja. Begitu juga jika selanjutnya ia melontarkan qadzaf lagi maka ia dikenakan had kedua. Jika kembali lagi melontarkan qadzaf yang baru atau ketiga maka ia dikenakan had ketiga. Begitulah seterusnya

No comments:

Post a Comment