Sunday 14 April 2013

Menuduh isteri berzina dengan orang tertentu



Hanafiah dan Malikiah mengatakan jika seseorang menuduh isterinya berzina dengan orang tertentu seperti jika mengatakan: “Kamu telah berzina dengan fulan”, maka suami tersebut harus melaksanakan li’an kerana menuduh isterinya dan wajib menjalani hukuman hadd qazaf kerana dia telah menuduh orang lain jika memang orang yang dituduhnya meminta untuk dilaksanakan hadd. Kerana hadd qazaf itu tidak gugur dengan dilaksanakannya li’an gugurnya oleh pelaksanaan li’an khusus diantara suami dan isteri sahaja. Pendapat ini tidak disepakati oleh ulama Syafi’eyah dan Hanabilah.

Mazhab Syafi’e – dalam permasalahan ini suami wajib dikenakan satu kali hukuman hadd kerana dua hal tersebut – menuduh isteri dan orang lain dan tidak wajib melakukan li’an dan pendapat lain dalam mazhab Syafi’e mengatakan bahawa suami wajib dikenakan dua hadd kerana tuduhannya tersebut. Dan jika suami menyebutkan qazaf terhaddap orang lain ketika melaksanakan li,an dengan isterinya makatidak wajib baginya hadd.

Mazhab Hanbali – diwajibkan bagi suami satu hadd atas tuduhannya tersebut dan hadd tersebut dapat gugur jika melakukan li’an.

No comments:

Post a Comment