Tuesday 16 April 2013

Mencuri dari pencuri



Hanafiah, Hanabilah dan Syafi’eyah dalam satu pendapatnya mengatakan – jika seorang pencuri dikenakan hadd potong tangan kerana mencuri, kemudian barang curiannya dicuri oleh orang lain maka tidak ada hak bagi dia (pencuri pertama) dan pemilikharta untuk memotong tangan pencuri yang kedua.

Malikiah dan Syafi’eyah dalam satu pendapat lain – dipotong tangan pencuri yang kedua jika ada tuntutan dari pemilik barang kerana dia telah mengambil barang yang mencapai nisab dari tempat yang terjaga dan tidak mempunyai syubhat kepemilikan baik pencuri yang pertama telah dipotong tangannya atau belum.

Jika pencuri yang kedua mencurinya sebelum pencuri yang pertama dipotong tangan atau setelah digugurkan hadd baginya kerana syubhat maka pencuri yang kedua dapat dipotong tangannya dengan tuntutan dari pencuri yang pertama kerana hilangnya nilai dari harta tersebut gugur ketika sudah dipotong tangan pencurinya akan tetapi tangan pencuri pertama tidak dipotong maka pencuri kedua dianggap sebagai orang yang menghasab (merampas).

Hanafiah – jika hakim telah memutuskan hadd potong tangan bagi pencuri kemudian pemiliknya menghinahkan harta curian tersebut kepada pencuri atau menjual kepadanya maka tidak dipotong tangan pencuri tersebut.
 


Syafi’eyah, Malikiah dan Hanabilah – dalam permasalahan seperti ini wajib hukumnya untuk tetap melaksanakan hadd potong tangan. Kerana pencurian sudah terlaksana dengan tanpa syubhat dan telah diangkat permasalahannya kehaddapan hakim begitupun juga keputusan sudah diturunkan.

No comments:

Post a Comment