Tuesday 16 April 2013

Mencuri mushaf, buku ilmu dan adab



Pendapat para imam ikutan berbeza dalam hal ini, apakah tangan pencuri mushaf, kitab-kitab ilmu agama dan hal-hal yang berhubungan dengannya dipotong atau tidak.

Mazhab Hanafi – Tidak ada hadd potong tangan dalam kes pencurian semacam ini meski nilainya mencapai nisab dan meskipun kitab-kitab tersebut dihiasi emas. Kerana seseorang dapat sahaja berdalih untuk dibaca. Disamping itu kerana yang ingin dijaga dari kitab-kitab tersebut sebenarnya adalah isinya sedangkan isi dari kitab tersebut mengandungi nilai harta (materi). Adapun hal-hal lain yang menjadi perangkatnya seperti jilid kulit dan hiasan yang lainnya maka hukumnya adalah mengikut kepada isinya diikutkan kepadanya. Sedangkan barang-barang yang mengikut kepada sesuatu yang menjadi inti tidak dianggap yakni tidak kuat untuk dijadikan alas an untuk menegakkan hukuman hadd. Kerana jika bersatu antara perkara yang mewajibkan hadd potong tangan dengan perkara yang tidak mewajibkannya maka hukumnya tidak wajib menjalakan hukuman potong tangan sebab didalamnya telah terdapat hal yang mendatangkan syubhat yang dapat pengguguran hadd. Begitupun juga tidak ada hadd potong tangan bagi yang mencuri buku ilmu agama kerana semuanya dapat sahaja dijadikan alas an untuk dibaca dan didalamnya hanya ilmu dan bukan harta yang dinilai. Akan tetapi jika mencuri jilid dan kertas sebelum ditulis maka dikenakan hadd kerana merupakan barang yang bernilai.

Mazhab Syafi’e – pencuri mushaf dikenakan hadd potong tangan begitupun juga buku-buku ilmu agama kerana hal tersebut merupakan harta bernilai yang dapat diperjual belikan. Demikian juga dengan buku-buku bahasa dan sastera syair-syair yang bermanfaat. Akan tetapi jika buku-buku yang dicuri tidak berguna dan mudah maka dinilai jilid dan kertasnya. Jika mencapai nisabmaka dikenakan hukuman hadd. Pendapat ini juga merupakan pendapat Abu Tsaur,Ibnu Qasim dan Ibnu Mundzir mereka mengatakan bahawa barang tersebut merupakan harta yang bernilai.

No comments:

Post a Comment