Sunday 14 April 2013

Jika seorang suami melihat isteri berzina dalam masa ‘idah



Hanafiah dan Hanabilah berpendapat bahawa tidak boleh bagi suami untuk melakukan li’an dengan isterinya tersebut kerana setelah ditalak dia telah menjadi orang lain bagi suami.

Mazhab Malikiah – apabila seorang isteri telah tertalak secara ba’in dari suaminya dengan li’an kemudian suami melihatnya berzina dalam masa ‘idah maka ia (suami) masih tetap boleh meli’annya. Kalau seandainya siisteri yang ditalak tiba-tiba hamil dalam masa ‘idahnya padahal sisuami bersumpah bahawa ia tidak pernah menggaulinya selama satu kali haid sampai ia mentalaknya maka ia boleh meli’annya.

Mazhab Syafi’e – jika memang terbukti dalam perut si isteri yang tampak hamil ada janin atau anak maka suami boleh meli’annya tapi jika tidak maka ia tidak berhak melakukan li’an.

No comments:

Post a Comment