Wednesday 17 April 2013

Mencuri harta rampasan perang atau baitul mal



Apabila seseorang mencuri harta rampasan perang atau Baitul Mal maka para pengemuka mazhab berbeza pendapat dalam hal apakah yang bersangkutan dikenakan hukuman potong tangan atau tidak.

Hanafiah – Mencuri harta rampasan perang tidak dikenakan hadd kerana pencuri mempunyai hak didalam harta tersebut. Sebagaimana atsar dari Imam Ali bin Abu Talib yang diriwayatkan oleh Imam Abdurraziq: diberitahukan kepada al-Tsauri dari Sammak bin Harb dari Abu ‘Ubaidah bin al-Abrash iaitu Zaid bin Datsar dia berkata: “Dihaddapkan kepada Imam Ali seorang lelaki yang mengambil harta dari harta rampasan sebelum dibahagikan tapi dia (Ali) tidak memutuskan baginya (pencuri) hadd potong tangan”.

Syafi’eyah – sesiapa yang mencuri harta rampasan atau Baitul Mal maka diperhatikan hal sebagai berikut:

Apabila harta tersebut dikhususkan bagi golongan tertentu sedangkan pencuri itu termasuk didalamnya atau sebagai orang tua ataupun anak dari yang berhak dari golongan tersebut maka tidak ada hadd baginya. Kerana dia mencuri barang yang didalamnya ada haknya. Sedangkan apabila harta tersebut dikhususkan untuk golongan dimana pencuri tidak termasuk didalamnya maka yang bersangkutan kenakan hadd. Kemudian apabila harta tersebut tidak dikhususkan untuk golongan tertentu maka tidak dikenakan hadd atasnya.

Adapun pendapat yang paling sahih dalam mazhab ini adalah bahawa jika pencuri mempunyai hak didalam harta tersebut seperti harta milik umum baik dia orang miskin ataupun orang kaya maka tidak dikenakan hadd atau harta yang dicuri adalah harta sedekah sedangkan pencuri termasuk orang miskin atau yang berhutang banyak kerana kebaikan ataupun juga tentera perang, maka tidak dikenakan hadd. Sebab haknya ada dalam harta yang dicurinya. Sedangkan jika pencuri itu bukan orang yang mempunyai ha katas barang curian maka ia wajib dikenakan hukuman hadd kerana disana tidak ada syubhat yang dapat menggugurkannya.

Malikiah – jika seseorang mencuri dari Baitul Mal dan mencapai nisab maka ia dikenakan hukuman hadd, kerana dia telah mencuri barang dari tempat yang terjaga dan dia tidak ada ha katas harta tersebut. Begitupun halnya rampasan perang setelah dikuasai baik jumlah tenteranya banyak atau sedikit dan dia mengambil lebih dari haknya maka wajib dikenakan hukuman hadd secara mutlak.

Hanabilah – Tidak dikenakan hadd seorang yang mencuri dari Baitul Mal kerana harta tersebut merupakan harta milik umum dan dia termasuk didalamnya.

No comments:

Post a Comment