Wednesday 17 April 2013

Lafaz-lafaz qadzaf



Adapun lafaz-lafaz qadzaf terbahagi kepada tiga bahagian iaitu lafaz yang terang-terangan, kiasan dan sindiran

Para ahli fiqh sepakat bahawasanya had qadzaf dilaksanakan jika qadzaf dilakukan dengan lafaz terang-terangan contohnya seperti ungkapan “wahai perempuan penzina”, “engkau telah berzina”. Adapun contoh lafaz qadzaf yang berupa kiasan adalah seperti “wahai Fasiqah (yang fasik)”,atau “wahai Fajirah (makna kiasan penzina)”. Semua lafaz qadzaf yang berbentuk sindiran ini tidak dianggap sebagai qadzaf secara hakikat dan tidak dilaksanakan had kerananya kecuali memang sesuai dengan keinginan atau maksud si pelaku sebagai qadzaf. Namun jika sipelaku berkata: “aku tidak bermaksud melontarkan qadzaf tersebut dengan perbuatan zina” atau si mangsa menyatakannya sebagai dusta,maka yang menjadi pegangan adalah perkataan si pelaku dengan sumpahnya. Dalam hal ini, seorang imam atau penguasa harus memberikan hukuman biasa atau ta’zir sesuai dengan pendapatnya.alasannya adalah kerana tindakan si pelaku telah mencoreng nama baik korbannya dan membuatnya malu. 

Adapun untuk lafaz sindiran dalam masalah qadzaf para ulama masih berbeza pendapat:

Ulama Hanafiah dan Syafi’eyah – tidak wajib had qadzaf dalam lafaz qadzaf yang berbentuk sindiran. Contohnya adalahperkataan “wahai anak halal, adapun aku bukan seorang penzina dan nasabku jelas adanya dimana ibunya juga tidak penzina” atau “cari tahutentang asal muasal dirimu” atau “aku menjaga kehormatandiriku”. Jadi kata sindiran dalam masalah qadzaf dapat sahaja memiliki makna qadzaf dan yang lainnya sehingga tidak dibenarkan untuk dilaksanakan had qadzaf atas pelakunya. Hal itu disebabkan kerana pada dasar segala sesuatunya adalah terbebas dari tanggungan. Namun dalam hal ini si pelaku wajib diberikan hukuman ta’zir saja. Jadi qiasan tersebut adalah syubhat dan syubhat itu sendiri dapat menolak pelaksanaan had.

Malikiah – wajib secara mutlak untuk melaksanakan had dalam qadzaf yang menggunakan lafaz sindiran. Baik si pelaku meniatkan qadzaf atau tidak meniatkannya. Hal itu disebabkan kerana salah satu dari dua niat tersebut pasti dilakukan oleh si pelaku qadzaf meskipun kita tidak mengetahui intinya.had qadzaf tersebut dilakukan sebagai bentuk pensucian diri pelaku dari kebiasaan buruk tersebut dan mendidik dirinya yang buruk.

Hanabilah – jika seseorang berniat melakukan qadzaf dalam menggunakan lafaz qadzaf yang berbentuk sindiran dan ia menafsirkan hal tersebut maka wajib dikenakan had qadzaf kepadanya. Jika ia tidak berniat melontarkan qadzaf kepada seorang pun, maka perkataan yang dipegang adalah perkataan pelakunya dengan sumpahnya.

No comments:

Post a Comment