Syarat-syaratnya
adalah:
1. Merdeka (bukan
hamba)
2. Baligh
3. Berakal
4. Telah menikah
secara sah dengan seorang perempuan yang muhshanah yakni menikah dengan akad
yang sah
5. Telah berhubungan
intim dengan isterinya tersebut pada waktu yang dibolehkan dan ketika itu
keduanya dalam keadaan dinamakan muhshan
6. Beragama Islam.
Syarat yang satu ini diperdebatkan oleh ulama
Mazhab
Hanafi dan Maliki – Beragama Islam adalah syarat seseorang dinamakan muhshan
sebab sifat ihshan itu adalah suatu kelebihan atau kemuliaan. Orang yang bukan
Islam tidak punya kemuliaan. Alasan lain kerana Nabi s.a.w telah bersabda
maksudnya: “orang yang mensekutukan Allah tidak tergolong orang yang muhshan”.
Tambahan lagi kerana tujuan dari pelaksanaan haddd itu adalah untuk mensucikan
dosa seseorang. Sedangkan orang yang mensekutukan Tuhan (musyrik) tidak akan
suci kecuali dengan neraka jahannam.
Mazhab
Syafi’e dan Hanbali – Beragama Islam tidak merupakan syarat seseorang dinamakan
muhshan sebab Rasulullah s.a.w sendiri pernah merejam orang Yahudi lelaki dan
Yahudi perempuan terbukti telah melakukan perzinaan yang mengadukan sendiri
perbuatannya kepada Nabi s.a.w (Riwayat Bukhari dan Muslim. Diriwayatkan oleh
Malik dari Nafi’ bin Umar).
No comments:
Post a Comment