Sunday 14 April 2013

Definisi Li’an



Li’an dalam bahasa adalah: الابعاد  yang ertinya “menjauhkan”. Sehingga dalam bahasa sehari-hari sering dikatakan seperti ini: لعنه الله yang tujuannya adalah: yang ertinya “Allah menjauhkan dari Rahmat-Nya”. Kata li’an itu sendiri adalah masdar dari لاعن – يلاعن - ملاعنة  yang ertinya menjauhkan sesuatu. Adapun li’an dalam pengertian syarak adalah proses saling melaknat yang terjadi diantara suami dan isteri kerana sebab tertentu dan dengan sifat yang tertentu.

Li’an merupakan symbol (syi’ar) agama Islam secara prinsip li’an sama seperti hukum hadd zina bagi seorang isteri maka tidak dapat didasarkan kepada kesaksian atas saksi, surat dari hakim dan tidak dapat juga dengan kesaksian perempuan. Akan tetapi harus ada permintaan kepada isteri untuk melaksanakannya kerana hak sepenuhnya ada pada isteri. Adapun li’an bagi suami seperti hadd qazaf jika terbukti suami berbohong maka dikenakan cambukan lapan puluh kali sebagai hukuman menuduh berzina dan tidak diterima kesaksiannya setelah terjadinya li’an tersebut

No comments:

Post a Comment