Sunday 14 April 2013

Hukum orang yang menikahi perempuan kemudian meninggalkannya



Jika seseorang menikahi wanita dan meninggalkannya selama dua tahun,kemudian isteri tersebut mendapatkan khabar tentang kematian suaminya. Maka dia melakukan ‘idah atas kematian suaminya. Lalu wanita itu menikah lagi dengan yang lain dan melahirkan anak dari suami yang kedua. Setelah itu tiba-tiba datang suami pertama yang diberitakan meninggal, maka ulama Syafi’eyah, Malikiah dan Hanabilah dalam masalah ini berpendapat bahawa anak yang dilahirkan mengikuti nasab suami yang kedua kerana dapat dipastikan secara yakin bahawa dia menikahi wanita tersebut dan menggaulinya dan wanita itu sebagai firasynya dan itu dapat diterima secara logika.

Mazhab Hanafi – jika seorang menikahi wanita dan meninggalkannya selama dua tahun kemudian isteri tersebut mendapatkan khabar tentang kematian suaminya. Maka dia melakukan ‘idah atas kematian suaminya. Lalu wanita itu menikah lagi dengan yang lain dan melahirkan anak dari suami yang kedua. Setelah itu tiba-tiba datang suami pertama yang diberitakan meninggal,maka anak yang dilahirkan diikutkan nasabnya kepad suami yang pertama dan wanita tersebut menjadi tertalak dari suami yang kedua dan kembali menjadi isteri bagi suami yang pertama.

Dalil ulama Hanafiah: الولد لصاحب الفراش ertinya – “Anak itu mengikuti yang berhak atas firasy (hak menggauli isteri)”.

Mazhab Syafi’eyah, Malikiah dan Hanabilah berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan   الفراش dalam haddis adalah perempuan dan juga digunakan untuk keadaan persetubuhan.

Mazhab Hanafiah – الفراش dalam haddis tersebut maksudnya adalah suami sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Arabi dengan mendasarkan kepada ucapan Jarir: “وبات، تعانقة باتت فراشها

No comments:

Post a Comment