Sunday 14 April 2013

Haramnya menggauli binatang



Para imam yang empat sependapat bahawa haram hukumnya menggauli binatang. Akan tetapi mereka berbeza pendapat tentang hadd yang wajib dikenakan bagi yang melakukan perbuatan tersebut.

Mazhab Hanafi – tidak ada kewajipan hadd bagi yang melakukan hal tersebut kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau haddis yang menerangkan hukum tersebut begitupun juga tidak pernah disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w melakukan hadd bagi pelaku perbuatan tersebut. Akan tetapi hukuman yang wajib bagi pelakunya adalah hukuman ta’zir sesuai dengan pandangan hakim seperti dikurung, dipukul atau dicerca atau hukuman yang lain sehingga menjadi pelajaran bagi yang lain jika melakukan hal tersebut.

Mazhab Maliki – hadd yang wajib untuk perbuatan ini adalah hadd yang berlaku dalam zina iaitu cambuk bagi yang tidak muhsan dan rejam bagi yang muhsan, kerana perbuatan tersebut merupakan persenggamaan dalam kemaluan yang diharamkan oleh syariat dan mendatangkan kenikmatan berahi sebagaimana halnya qubul dan dubur.

Mazhab Syafi’e – ada tiga pendapat: pendapat yang azhar dalam mazhab adalah seperti pendapat mazhab Malikiah iaitu hadd zina. Pendapat kedua mengatakan bahawa hukumnya adalah dibunuh baik yang muhsan atau bukan. Pendapat yang ketiga dari mazhab Syafi’e mengatakan bahawa hukumannya adalah ta’zir sesuai dengan pandangan imam dan tidak ada hukum hadd bagi perbuatan tersebut seperti pendapat mazhab Hanafi.

Mazhab Hanbali – wajib dilakukan hadd bagi yang melakukan perbuatan tersebut akan tetapi dalam bentuk haddnya ada dua riwayat dalam mazhab Hanbali. Riwayat pertama menyebutkan haddnya sama dengan hadd homoseks dan riwayat yang kedua menyebutkan hukumnya adalah ta’zir dan ini merupakan pendapat rajah dalam mazhab.

No comments:

Post a Comment