Wednesday 17 April 2013

Seorang yang kembali mencuri barang yang sama



Syafi’eyah, Malikiah dan Hanabilah – sesiapa yang mencuri barang dan dikenakan had potong tangan setelah itu dia mencuri kembali barang yang sama masih dalam keadaan yang sama seperti pertama kali dia curi maka dikenakan had untuk kedua kalinya.

Hanafiah – sesiapa yang mencurisuatu barang dan barangnya masih utuh kemudian dikembalikan lagi barang itu kepada pemiliknya setelah itu kembali mencuri barang yang sama dan masih dalam keadaan yang sama seperti yang dia curi pada pertama kali maka tidak dikenakan had baginya. Kerana setelah dijatuhkan had kepada pencuri itu menggugurkan kesucian harta tersebut dari pencuri itu ataupun juga disebabkan pengambilan barang itu kepada pemiliknya. Dan jika memang kesucian itu kembali lagi yang ada ketika itu adalah syubhat gugurnya kesucian harta itu bagi yang pernah mencurinya disebabkan kesamaan tempat dan kepemilikan dan juga telah timbul sesuatu yang menggugurkan kesucian harta itu bagi yang telah mencurinya iaitu had potong tangan. Jika memang semua ini menjadikan hilangnya kesucian barang tersebut bagi yang telah mencurinya maka haddnya menjadi gugur ketika dicuri oleh orang yang sama berbeza halnya jika memang dicuri oleh orang selain dia.

No comments:

Post a Comment