Sunday 14 April 2013

Saksi dalam perzinaan



Oleh kerana hadd zina itu pada kenyataannya didasarkan pada pengakuan (ikrar) sipelaku, maka mustahil secara akal dapat dibuktikan dengan persaksian sebab untuk dapat sampai ke tahap itu diharuskan adanya empat saksi yang adil dan mereka benar-benar menyaksikan dengan mata kepala sendiri masuknya zakar silelaki kedalam faraj si perempuan. Imam-imam ikutan sepakat bahawa saksi-saksi yang empat itu semuanya harus orang yang adil, lelaki dan bukan orang yang sudah pernah menjalani hukuman hadd.

Syarat persaksian

1.    Persaksian diucapkan dalam satu majlis (tempat)
2.    Satu tempat dan satu waktu
3.    Tidak berbeza pendapat soal tempat kejadian
4.    Tidak berbeza soal negeri kejadian

No comments:

Post a Comment