Sunday 14 April 2013

Hukum orang yang menemukan seorang perempuan diranjangnya kemudian ia menyetubuhinya



Apabila seseorang menemukan seorang wanita diranjangnya kemudian ia menyetubuhinya. Tiba-tiba diketahui kemudian bahawa wanita tersebut bukan isterinya maka dalam hal ini orang tersebut tidak dikenakan hukuman hadd.

Demikian juga halnya hadd tidak dilaksanakan kepada orang yang buta mengajak isterinya berhubungan lalu wanita lain datang menghampirinya tanpa memberitahu siapa dirinya kemudian merekapun melakukan hubungan seperti hubungan suami isteri lalu kemudian diketahuinya bahawa wanita itu bukanlah isterinya.
Ini disepakati dikalangan ulama mazhab Malikiah, Syafi’eyah dan Hanabilah. Hujah mereka adalah adanya syubhat dalam contoh kes tersebut iaitu dugaan silelaki bahawa wanita itu adalah wanita yang halal baginya.

Mazhab Hanafi – mereka berpendapat bila seorang lelaki menemukan seorang wanita diatas ranjangnya kerana yakin bahawa wanita tersebut adalah isterinya ia pun menyetubuhinya. Lalu kemudian diketahui bahawa wanita itu bukan isterinya maka lelaki tersebut dikenakan hukuman hadd. Kerana menurut pandangan ulama Hanafiah hal demikian tidak dianggap syubhat sebab seseorang pasti dapat membezakan isterinya dengan wanita lain dari suara, bentuk tubuh dan sentuhan isterinya demikian juga dari gerakan tubuhnya ketika mereka bersentuhan. Maka dengan demikian, disana tidak ditemukan apa yang dinamakan syubhat yang dapat menghalangi dilaksanakannya hukuman hadd. Tapi bila si lelaki mengaku dan bersumpah bahawa ia benar-benar yakin kalau yang disetubuhinya adalah isterinya maka pengakuannya dapat diterima dengan sumpahnya.

Demikian juga halnya bila seorang yang buta mengajak isterinya berhubungan suami isteri kemudian yang datang adalah wanita lain tanpa memberitahu bahawa ia bukan isterinya. Kemudian si buta itu pun menyetubuhinya kemudian diketahuinya bahawa ternyata wanita itu bukan isterinya maka wajib dikenakan hukuman hadd. Sebab terkadang seorang yang buta juga mampu membezakan isterinya dengan yang bukan isterinya.

Ulama Hanafiah sama sekali ingin menutup celah kearah dijadikannya kelemahan hukum tersebut sabagai saranan untuk tersebarnya maksiat dan malapetaka dalam masyarakat sosial. Demikian itu untuk mempertahankan kemurnian agama umat ini jangan sampai terpecah. Maka sekadar alas an tidak tahu kalau yang disetubuhinya bukan isterinya tidak dapat dijadikan pijakan atau landasan untuk tidak menghukum seseorang (dengan hukuman hadd), sedangkan sebenarnya jauh direlung hatinya mengetahui bahawa wanita yang digaulinya bukan isterinya.

No comments:

Post a Comment