Sunday 14 April 2013

Pengakuan melakukan zina tidak berakibat kepada orang lain



Jika seorang lelaki mengaku melakukan zina dengan seorang perempuan lalu perempuan yang bersangkutan mengingkarinya dan berkata: saya tidak kenal dengan dia, maka hukuman hadd hanya ditanggung oleh orang yang mengaku. Pengakuannya itu tidak dapat dijadikan dasar atau landasan untuk menjatuhkan hukuman kepada siperempuan. Hadd qazaf pun tidak dapat dilaksanakan atasnya.

Mazhab Hanafi – ulama mazhab ini berpendapat: hadd tidak diperlakukan kepada si lelaki sekalipun juga tidak kepada siperempuan. Sebab disana ada syubhat yang menghalangi iaitu pengingkaran dari pihak ke dua. Si lelaki hanya dijatuhi hukuman hadd qazaf sahaja sebanyak lapan puluh kali pukul. Tapi pendapat ini dibantah dengan bahawa silelaki tidak membatalkan pengakuannya.

No comments:

Post a Comment