Sunday 14 April 2013

Ikrar zina



Ulama telah bersepakat bahawa seseorang dalam kes zina dapat diterima baik yang mengaku itu lelaki atau perempuan yang muhshan atau yang tidak, yang merdeka atau hamba. Tapi dengan syarat orangnya harus sudah baligh, berakal, mumayyiz dan tidak dipaksa untuk mengaku.

Mereka (ulama) berbeza pendapat soal jumlah ucapan ikrar yang dianggap sah yakni apakah cukup dengan berikrar satu kali atau disyaratkan harus berkali-kali. Mereka yang berpendapat bahawa jumlah pengakuan merupakan syarat sesame mereka juga berselisih pendapat apakah pengakuan boleh diucapkan hanya disatu majlis pengadilan atau harus dibeberapa majlis yang berbeza.

Mazhab Hanafi dan Hanbali – bilangan dalam ikrar zina adalah syarat sehingga tidak sah kecuali bila pengakuan telah diulangi sebanyak empat kali serta didasari dengan akal sihat dan telah baligh kerana data atau bukti yang kuat sangat ditekankan dalam masalah hudud. Sesungguhnya Allah lebih suka alam ini tetap tegak daripada binasa sebagaimana firman-Nya: “Dan jika mereka condong kepada perdamaian maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah…” (al-anfal:61)
Maksud ayat diatas adalah: tinggalkanlah peperangan apabila musuh-musuhmu telah tunduk dan mengajak untuk berdamai. Selanjutnya serahkan kepada Allah s.w.t

Mazhab Maliki dan Syafi’e – untuk dapat dilakukan hadd kepada sipelaku zina, cukup dengan satu kali pengakuan sahaja. Berbeza dengan kes-kes yang lain seperti pembunuhan,pencurian, minum khamar dan sebagainya, jumlah pengakuan dalam kes-kes ini menjadi syarat yang wajib dipenuhi. Landasan mazhab ini adalah haddis Abi Hurairah dari sabda Nabi s.a.w dalam kisah al-‘Asif yang berbunyi ertinya: “Pergilah periksa perempuan (isteri) si anu wahai Unais,jika ia mengakui (perbuatannya) maka rejamlah ia,”Unais pun pergi melaksanakan perintah Nabi s.a.w. Lalu si perempuan itu mengakui perbuatannya.kemudian Nabi s.a.w memerintahkan agar perempuan itu direjam dan tidak menanya berapa kali si perempuan itu mengakui perbuatannya.

Mazhab Hanbali – pengakuan cukup diucapkan empat kali sahaja meskipun hanya disatu majlis

Mazhab Hanafi – pengakuan harus diucapkan empat kali diempat majlis yang berbeza. Dalil yang menjadi landasan mazhab mereka ini adalah haddis shahih yang diriwayatkan Muslim bersumber dari Abi Buraidah bahawa Ma’iz bin Malik mendatangi Nabi s.a.w lau Nabi s.a.w menolaknya, kemudian datang lagi untuk kedua kalinya dan NAbi s.a.w tetap menolaknya. Kemudian Nabi s.a.w mengutus seorang sahabatnya kepada keluarga Ma’iz untuk menanyakan keadaan mentalnya. Lalu keluarganya menjawab: setahu kami ia adalah orang yang sihat akal. Kemudian orang tersebut kembali mendatangi Nabi s.a.w untuk ketiga kalinya. Nabi s.a.w kembali mengutus utusannya kepada keluarga Ma’iz namun pihak keluarga tetap menjawab dengan jawapan seperti semula:ia sihat dan akalnya normal. Ketika Ma’iz datang untuk keempat kalinya barulah Nabi s.a.w menggali lubang untuk merejamnya.

No comments:

Post a Comment