Sunday 14 April 2013

Hukuman hadd hamba



Imam ikutan yang empat sepakat bahawa seorang hamba lelaki atau perempuan apabila berzina hukumannya tidak sama dengan yang merdeka. Mereka hanya didera sebanyak lima puluh kali. Separuh dari hukuman yang merdeka. Hamba lelaki dan perempuan adalah sama. Mereka (imam yang empat) juga sepakat bahawa hamba tidak dikenakan hukuman rejam meskipun ia seorang yang muhshan tapi mereka hanya didera sebab salah satu syarat seorang dinamakan muhshan menurut imam yang empat ini adalah merdeka. Dengan demikian menurut mereka hamba tidak dinamakan muhshan meskipun ia telah menikah.

No comments:

Post a Comment