Tuesday 16 April 2013

Mencuri alat hiburan



Hanafiah dan Malikiah – tidak wajib hadd bagi yang mencuri salib meski diperbuat dari emas ataupun perakbegitupun juga patung yang diperbuat dari emas dan perak, termasuk juga orang yang mencuri alat-alat hiburan seperti catur,dadu,meja judi dan alat-alat judi lainnya ataupun juga alat-alat muzik yang digunakan untuk hiburan dan kemungkaran. Tidak wajibnya hadd dalam mencuri barang-barang tersebut disebabkan dapat jadi mencuri barang tersebut untuk dihancurkan untuk memerangi kemungkran sebab dalam syariatpun diharuskan untuk merampas barang tersebut untuk dimusnahkan sebagai bentuk amar makruf dan nahi mungkar. Kerana itu maka hal tersebut menjadi dapat dijadikan alasan syubhat yang mrnggugurkan hadd. Akan tetapi diwajibkan bagi yang mencurinya untuk mengganti rugi nilainya kerana barang tersebut juga dianggap harta sebagaimana juga hukumnya dalam perabotan yang diperbuat dari emas dan perak meski tidak boleh digunakan namun orang yang mencuri atau menghancurkannya tetap wajib menbayar gantinya.

Hanabilah dan Syafie’yah – dalam satu pendapat mazhab mengatakan tidak ada hadd potong tangan bagi yang mencuri alat-alat hiburan termasuk juga mencuri salib dan patung meski diperbuat dari emas atau perak kerana agama menganjurkan untuk merampas dan menghancurkan barang-barang tersebut untuk memerangi kemungkaran dan yang menjerumuskan kepadanya, tambahan lagi bahawa berusaha menghilangkan kemaksiatan adalah disunatkan. Dengan alasan ini semua maka kes mencuri barang-barang tersebut dianggap syubhat yang menggugurkan hadd.

No comments:

Post a Comment