Sunday 14 April 2013

Jika seorang suami atau isteri enggan melakukan li’an



Ulama Syafi’eyah, Malikiah dan Hanabilah mengatakan bahawa jika seorang suami menuduh isterinya berzina hukuman yang wajib bagi dia ketika itu adalah hadd dicambuk lapan puluh kali, akan tetapi dapat digugurkan dengan melakukan li’an sebagaimana jika menqazaf orang lain maka hukumnya adalah hadd. Dan yang dapat menggugurkannya adalah saksi. Akan tetapi ketika suami enggan melakukan li’an maka dikenakan hadd seperti yang dikatakan oleh Nabi s.a.w kepada Hilal bin Umayyah ketika dia menqazaf isterinya: “Serahkan bukti atau hadd bagimu”.

Dan jika pihak yang enggan lakukan li’an adalah isteri maka ia wajib dikenakan hadd zina sebagaimana jika ia mengakui/berikrar telah melakukan zina. Kerana para ulama tersebut – Syafi’eyah, Malikiah dan Hanabilah berpendapat seorang yang berzina dikenakan hadd dengan satu kali ikrar. Dalam al-quran disebutkan bahawa didalam menuduh orang lain berzina yang bersangkutan dihaddapkan kepada dua hal iaitu: kewajipan mendatangkan saksi atau dihukum dengan hadd qazaf begitupun juga dengan menuduh isteri berzina yang bersangkutan dihaddapkan pada dua keharusan iaitu: li’an atau hadd kerana firman Allah s.w.t: “dan dibebaskan baginya azab”.

Mazhab Hanafi – jika seorang suami enggan untuk melakukan li’an maka dia dikurung sampai mahu melakukannya kerana li’an adalah hukum yang wajib dijalani baginya berdasarkan nas al-Quran dan dia dikurung sampai melakukannya kerana dia enggan melakukan sesuatu yang mampu dia lakukan atau dia dapat mengatakan kalau tuduhannya adalah bohong dan dikenakan hadd. Ketika dia mengakui kebohongan tuduhannya maka gugurlah hukum melakukan li’an dan ketika gugur li’an maka yang wajib adalah hadd. Qazaf kerana dia tidak dapat terlepas begitu sahaja dari hukumannya ketika li’an telah gugur maka beralih kepada hadd kerana itu adalah hukuman asli.

No comments:

Post a Comment