Sunday 14 April 2013

Hukum orang yang tidak tahu bahawa zina itu haram dilakukan



Dalam melaksanakan hukuman hadd bagi pelaku zina, disyaratkan bahawa orang yang melakukannya mengetahui keharaman zina. Maka jika seandainya seorang yang tertuduh melakukan zina mengaku ketika hukuman hadd sedang dijalankan kepadanya: bahawa ia tidak tahu kalau perbuatan zina itu adalah haram dan sama sekali tidak tahu tentang hukumnya dan kemudian ia memperkuat argumennya dengan sumpah maka pengakuannya tersebut dapat diterima. Dan hukuman hadd yang sedang berlangsung wajib dihentikan dengan adanya syubhat yang membuat fakta menjadi tidak jelas itu. Dalilnya adalah sebuah riwayat yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w bertanya kepada orang yang mengaku berzina di haddapannya dengan sabdanya: apakah engkau tahu apa itu zina?

Mazhab Maliki – menurut mereka jika seorang berkata ketika hukuman hadd sedang dijalankan: aku tidak tahu bahawa zina itu haram secara syarak mahupun secara hukum sedang ia masih baru memeluk agama Islam atau hidup jauh dari ulama maka hukuman hadd wajib dihentikan. Sebab boleh jadi pengakuannya itu benar. Kemungkinan itu membuat hukumnya menjadi tidak pasti (syubhat). Namun jika seandainya tidak demikian adanya yakni ia sudah lama beragama Islam sehingga kesempatan untuk mempelajari agama Islam telah terbentang luas baginya atau ia hidup dekat dari ahli ilmu, berbaur dengan orang yang telah berkebudayaan maju, sehingga segala informasi tentang Islam segalanya telah dapat diketahuinya, maka hukuman hadd wajib dijalankan atasnya. Sedang pengakuan-pengakuannya diatas tidak dapat diterima sebab alasannya itu telah batal dengan pengakuannya didepan hakim bahawa ia telah melakukan zina atau batal dengan pernyataan saksi atas perbuatannya.

No comments:

Post a Comment