Wednesday 17 April 2013

Diterimanya kesaksian pelaku qadzaf sebelum pelaksanaan had atas dirinya



Jika had qadzaf telah ditetapkan atas seseorang maka kesaksiannya masih diterima selama had tersebut belum dilaksanakan. Ertinya pelaku qadzaf tidak dicap sebagai orang fasik selama had belum dilaksanakan atas dirinya. Hal itu jika ia harus dicap sebagai orang fasik, maka tentunya tidak boleh diterima kesaksiannya. Alasannya adalah kerana cap sebagai orang fasik dapat membatalkan kesaksian seseorang yang dicap sebagai fasik.

Syafi’eyah – jika had telah wajib atas seseorang maka kesaksiannya menjadi batal dan harus dicap sebagai fasik sebelum pelaksanaan had atas dirinya. Hal itu disebabkan kerana Allah s.w.t telah menetapkan tiga perkara atas tindakan qadzaf jika tidak ada empat orang saksi. Namun tiga perkara tersebut tidak menuntut urutan diantaranya. Dengan begitu penolakan kesaksian pelaku qadzaf tidak harus terjadi setelah pelaksanaan had. Jadi penolakan kesaksian pelaku harus berlaku baiksetelah dilaksanakan had atau belum dilaksanakan.

1 comment:

  1. The best and worst gambling sites in the world
    Most Popular Sites · 1. Ignition 경상북도 출장안마 Casino · 2. 부천 출장샵 Red Dog Casino · 3. 안산 출장샵 Slotocash Casino · 4. 라이브스코어 Ignition Casino · 5. Sloto Vegas Casino 영천 출장안마 · 6.

    ReplyDelete