Sunday 14 April 2013

Hukum orang waras berzina dengan orang gila



Apabila seorang perempuan muslim yang berakal mengajak seorang lelaki gila berbuat zina atau lelaki waras lagi baligh menzinai seorang perempuan gila maka yang terkena wajib hadd hanyalah orang yang waras dan gugur dari yang gila sebab ia tidak mukallaf. Hukum hanya berlaku bagi orang yang berakal saja.

Mazhab Hanafi – bila seorang lelaki yang berakal lagi baligh menzinai anakperempuan yang belum berakal atauperempuan gila yang akalnya sama sekali telah hilang maka si lelaki itu wajib dikenakan hukuman hadd. Hukum ini hanya tertentu bagi lelaki. Adapun bila seorang perempuan yang berakal lagi baligh menuruti kemahuan anak lelaki yang belum baligh untuk berzina atau seorang yang gila maka ia (si perempuan) tidak terkena hukuman hadd tidak pula orang yang menzinainya. Kerana hadd itu hanya berlaku atas lelaki yang mengerti apa itu perzinaan dan atas perempuan yang menyerahkan atau membiarkan dirinya disetubuhi. Standard hadd zina adalah sampainya perbuatan seseorang kepada batas haram. Sedangkan yang demikian tidak terdapat pada tindakan seorang anak sebab belum mukallaf. Dengan demikian pula, maka tidak mungkin si perempuan dapat bersenang-senang dengannya. Kerananya maka si perempuan tidak dihukum hadd. Orang berakal lagi dewasa dikenakan hukuman hadd oleh kerana tindakannya telah mengenai batas haram.

No comments:

Post a Comment