Pembuktian
terhaddap kejahatan homoseksual sama dengan cara pembuktian terhaddap perbuatan
zina yang tidak dapat dibuktikan kecuali dengan kesaksian empat orang lelaki
yang adil bukan perempuan serta mereka melihat bahawa kemaluan pelakunya masuk
dalam dubur yang digauli seperti masuknya anak celak kedalam botolnya
Mazhab
Hanafi – bukti yang digunakan dalam dalam kejahatan ini berbeza dengan bukti
yang digunakan dalam zina sebab bahaya yang ditimbulkannya lebih ringan dari
bahaya zina maka kejahatannya pun lebih ringan daripadanya kerana tidak
menimbulkan percampuran keturunan sebagaimana dapat terjadi dalam zina maka
dalam menetapkannya cukup dengan dua orang saksi. Homoseksual tidak dapat
disamakan dengan zina kecuali dengan dalil syara’ dan tidak ada dalil yang
menyebutkannya baik dalam al-Quran ataupun haddis. Dengan demikian hukumnya
sama dengan hukum dan kesaksian yang lain.
No comments:
Post a Comment