Wednesday 17 April 2013

Hukum tamu yang mencuri



Tidak dikenakan had tamu yang mencuri barang yang mencapai nisab dari rumah yang disinggahinya kerana rumah tersebut tidak lagi menjadi penjaga bagi barang yang didalamnya dari tamu kerana dia diizinkan memasukinya dan dengan izin yang dimilikinya dia sama seperti penghuni rumah itu dan mengambil barang dari rumah itu bukan dianggap sebagai pencuri akan tetapi dinamakan pengkhianatan. Sama juga hukumnya bagi dia jika mengambil barang dari salah satu kamar milik orang lain yang terkunci dalam satu rumah yang diizinkan baginya untuk memasukinya atau dari dalam kotak yang tekunci kerana rumah dengan kamar yang ada merupakan satu kesatuan sebagai penjaga (penyimpanan) bagi barang yang ada didalamnya

Malikiah – tidak ada had bagi tamu yang mencuri barang dari rumah yang disinggahinya kerana dia telah diizinkan memasuki rumah tersebut jadi dia hanya sebagai pengkhianat bukan sebagai pencuri. Kecuali jika ia mencuri barang dari tempat penyimpanan khusus seperti tempat penyimpanan hasil panen atau gudang didalam rumah umum. Jika ia mengeluarkan barang dari ruangan khusus dan membawanya keluar rumah melalui pintu maka dikenakan had. Adapun jika ia hanya berniat mengumpulkan sahaja maka tidak dikenakan had kerana hal tersebut biasanya diizinkan

Syafi’eyah dan Hanabilah – jika tamu mencuri barang dari tempat dia bertemu atau tetangga dari kedai tetangganya atau orang yang mandi dikamar mandi maka tidak dikenakan had bagi mereka jika mencuri barang yang ada didalamnya kerana dia mengambil harta yang tidak terjaga. Sebab rumah yang asalnya menjaga barang yang didalamnya menjadi tidak terjaga kerana ada izin memasukinya. Para ulama memberikan beberapa syarat yang harus dipenuhi dalam harta yang dicuri untuk menetapkan had iaitu:


1.    Nisab harta mencapai seperempat dinar
2.    Harta tersebut milik orang lain
3.    Tidak ada syubhat dalam harta yang dicuri
4. Harta tersebut terjaga baik dengan penjaga yang memperhatikannya atau terjaga kerana tempat penyimpanannya
 



·  

No comments:

Post a Comment