Wednesday 17 April 2013

Hukum mencuri kaabah



Malikiah – sesiapa yang mencuri sesuatu dari dalam Kaabah pada waktu ada izin untuk boleh memasukinya maka yang bersangkutan tidak dikenakan hadd. Tapi jika tidak pada waktu diizinkan memasukinya maka pencuri tersebut dikenakan hadd jika ia sampai mengeluarkannya sampai ke tempat tawaf

Syafi’eyah – dikenakan hadd bagi orang yang mencuri tirai/kiswah Kaabah jika dikelilingkan padanya kerana tirai tersebut dianggap terjaga ketika itu

Hanabilah – sesiapa yang mencuri tirai Kaabah atau barang yang ada didalam Kaabah dan mencapai nisab maka yang bersangkutan dikenakan hukuman hadd. Kerana perbuatannya tersebut dianggap telah menodai kehormatan dan kemuliaan Baitullah. Hal tersebut juga menunjukkan kelemahan imannya dan tidak mengindahkan kehormatan Kaabah yang disebut sebagai Baitullah maka harus ditegaskan hukuman baginya iaitu dengan hadd.

Hanafiah – sesiapa yang mencuri tirai Kaabah dan mencapai nisab maka yang bersangkutan tidak dikenakan hadd kerana barang tersebut dianggap tidak ada yang memilikinya. Kemudian yang berangkutan mungkin sahaja dia hanya bermaksud atau mengharap keberkahan dengan mengambilnya

No comments:

Post a Comment