Sunday 14 April 2013

Hukum li’an tanpa melihat perzinaan isteri secara langsung



Mazhab Maliki – jika suami mengatakan kepada isterinya: “Wahai wanita penzina”,maka wajib baginya hadd jika tidak mampu untuk membuktikannya dan dia tidak boleh melakukan li’an sampai dia mengatakan bahawa dia melihat sendiri apa yang dituduhkannya kerana menyaksikan kejadian adalah syarat untuk melakukan li’an menurut ulama Malikiah.

Mazhab Hanafi dan Syafi’e – dalam hal ini cukup bagi suami untuk melakukan li’an meski dia tidak menyebutkan bahawa dia melihat dengan mata sendiri kerana hal tersebut bukanlah syarat menurut mereka.

No comments:

Post a Comment