Sunday 14 April 2013

Melakukan li’an kepada isteri yang sedang hamil



Mazhab syafi’e dan Maliki – li’an terhaddap isteri yang sedang hamil adalah sah sebelum melahirkan sebagaimana sah hukumnya untuk tidak mengaku mengakui nasab kehamilan isterinya akan tetapi ulama Malikiah memberikan syarat bahawa isteri sudah tidak digauli dalam tiga masa haid da nada pendapat ulama mereka yang mengatakan cukup dalam waktu satu masa haid.

Mazhab Hanafi dan Hanbali – tidaklah sah li’an yang ditujukan kepada isteri yang sedang hamil begitupun tidak mengakui kehamilan isteri sebelum dia melahirkannya kerana mungkin kehamilan tersebut belum tentu diyakini benar adanya. Sebab dapat sahaja menggelembungnya perut tersebut kerana angina.

No comments:

Post a Comment