Sunday 14 April 2013

Pengakuan orang tuli



Para imam ikutan telah sepakat bahawa orang tuli yang mengaku telah melakukan perzinaan dengan tulisan tau isyarat walaupun dapat difahami tulisan dan isyarat tersebut tidak dikenakan hukuman hadd. Kerana ketidakjelasan pengakuannya melalui lisan dianggap sebagai syubhat yang dapat menggugurkan hukuman hadd.

Mereka imam ikutan juga telah sepakat bahawa kesaksian zina atas orang tuli tidak dapat diterima disebabkan adanya kemungkinan syubhat dalam kesaksian tersebut. Berbeza halnya dengan orang buta ulama telah sepakat bahawa pengakuan zina orang buta dapat diterima dan hukuman hadd dapat dilaksanakan. Demikian juga memberi kesaksian atasnya adalah sah dan dapat diterima.

No comments:

Post a Comment