Wednesday 17 April 2013

Hukum seorang mencuri dari orang yang berhutang kepadanya



Hanafiah dan Malikiah – tidak ada had bagi yang mencuri harta dan mencapai nisab dari harta yang dia miliki secara bersama dengan orang lain. Seperti jika seorang partner mencuri harta partner yang lain dari harta bersama tidak dikenakan had bagi yang mencuri kerana si pencuri mempunyai hak juga atas harta yang ia curi hal mana akan mengakibatkan adanya syubhat yang dapat menggugurkan had. Begitupun juga tidak ada had bagi yang mencuri barang dari orang yang berhutang kepadanya sebab apa yang dilakukannya dianggap mengambil hartanya sendiri. Dalam hal ini tidak dibezakan antara hutang yang telah jatuh tempoh dan yang belum.

Syafi’eyah – jika yang dicuri adalah penghutang yang susah membayar maka tidak menyebabkan had jika mencurinya. Akan tetapi apabila tidak termasuk orang susah membayar dikenakan had. Akan tetapi jika dia bermaksud dengan mencurinya hanya untuk mengambil hakdia dari harta orang itu tidak dikenakan had dan ketika itu dia dianggap sebagai orang yang diizinkan dan harta yang berbeza jenis dianggap sebagai yang sejenis dengan hak dia.

No comments:

Post a Comment