Sunday 14 April 2013

Hukum binatang yang disetubuhi setelah disembelih



Para ulama berbeza pendapat tentang hukum memakan daging binatang yang telah disetubuhi

Mazhab Hanafi dan Hanbali – jika binatang yang menjadi objek (yang disetubuhi) tersebut merupakan binatang yang halal dagingnya maka harus dibakar dan haram hukumnya untuk memakan untuk memakan daging binatang tersebut.

Mazhab Maliki – boleh hukumnya memakan daging binatang tersebut setelah disembelih jika memang termasuk binatang yang hala dimakan. Kerana tidak ada dalil dalam syarak yang menyebutkan pengharaman daging haiwan tersebutmaka hukumnya adalah tetap seperti hukum asalnya iaitu hala untuk dimakan

Mazhab Syafi’e – ada dua riwayat. Pertama, halal hukumnya bagi pelaku dan orang lain untuk memakan daging haiwan tersebut seperti pendapat Malikiah.

Kedua, diharamkan baginya dan orang lain untuk memakan daging haiwan tersebut sebagaimana pendapat Hanafiah dan Hanabilah. Dan sipelaku wajib mengganti rugi haiwan tersebut jika milik orang lain sebagai hukuman baginya dan atas perbuatannya yang hina menurut syariat dan akal.

No comments:

Post a Comment