Wednesday 10 April 2013

Aurat perempuan



Para ulama berbeza pendapat soal apa dan mana sahaja yang boleh diperlihatkan dari anggota tubuh perempuan dihadddapan lelaki yang ajnabi baginya. Perbezaan itu bertumpu pada perbezaan mereka dalam memahami pesan atau maksud yang terkandung dalam firman Allah s.w.t: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) Nampak daripadanya…” (al-Nur:31)

Mereka berselisih pendapat dalam hal apa yang dimaksudkan dengan ghadddul basar, menahan penglihatan kepada seorang yang berstatus sebagi mahram baginya. Mereka juga berbeza pendapat dalam memahami maksud menjaga kemaluan kecuali kepada isteri saja. Dalam firman Allah s.w.t: “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadddap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela” (al-Mukminun:5-6)

Demikian juga mereka berbeza pendapat dalam memahami firman Allah: “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) Nampak daripadanya…” (al-Nur:31)

Mazhab Syafi’e dan Hanbali- seluruh badan perempuan yang merdeka adalah aurat. Sedikitpun dari anggota tubuhnya tidak boleh diperlihatkan kepada lelaki ajnabi-nya kecuali dalam keadaan sangat diperlukan (dharurah) seperti untuk kepentingan berubat, pertunangan, memberikan kesaksian dihadddapan pengadilan, jual-beli. Hanya saja mereka mengecualikan wajah dan dua telapak tangan. Sebab memperlihatkannya dianggap darurat berbeza dengan tumit kaki. Menurut mereka memperlihatkannya bukanlah suatu keharusan (darurat). Untuk yang terakhir ini sebenarnya mereka juga berbeza pendapat. Yang ashahh bagi dikalangan mereka adalah tumit lelaki termasuk aurat bagi perempuan.

Mazhab Hanafi dan Maliki – seluruh badan perempuan yang merdeka adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan. Maka boleh bagi perempuan memperlihatkannya ditempat terbuka meskipun kepada lelaki ajnabi-nya. Akan tetapi mereka membuat persyaratan atas kebolehan memperlihatkannya iaitu dipastikan tidak menimbulkan fitnah. Jika sebaliknya fitnah dipastikan akan terjadi seperti seorang perempuan yang mengenakan banyak hiasan pada wajah dan dua telapak tangannya atau perempuan yang sangat cantik maka  hukumnya menutupnya (wajah dan dua telapak tangan) adalah wajib sama dengan hukum menutup anggota badannya yang lain. Demikian itu tujuannya adalah untuk menutup kemungkinan (Saddu al-Zarai’) terjadinya fitnah sebab pandangan adalah awal dan tali penghubung perzinaan. Pandangan adalah anak panah beracun yang dapat menembus kelubuk hati. Pandangan kerap kali menjadi benih yang membuahkan malapetaka.

No comments:

Post a Comment