Wednesday 10 April 2013

Hikmah pensyariatan hudud



Untuk melindungi seluruh hamba Allah s.w.t dari hal-hal yang menyebabkan bahaya atau mudarat bagi mereka.Seperti ternodanya tempat tidur suami isteri, rosak dan hilangnya garis keturunan, perlecehan terhadddap kehormatan, merosakkan harta, menghilangkan nyawa, gangguan keamanan dan lain-lain. Maka untuk menghindarkan itu semua terjadi, disyariatkanlah hudud agarmenjadi pelindung yang ampuh bagi manusia dari segala musibah seperti kerosakan moral, penyakit jiwa, stress dan sebagainya yang pada akhirnya menjerumuskan manusia kedalam jurang jahanam.



Islam memandang penyelewengan yang keluar dari kemurnian fitrah manusia yang dianugerahkan Allah sebagai bentuk pengingkaran terhadddap pembawaan dan watak asli manusia itu sendiri. Sebab itu islam cuba mengatasi dan mengubati penyalewengan ini dengan memberikan pandangan-pandangan dan arahan. Bila cara ini tidak Berjaya, maka ia akan beralih kepada bentuk penyelesaian yang tegas dank eras iaitu penerapan hukum hudud sesuai dengan jenis kesalahan yang dilakukan yang tujuannya adalah untuk melindungi manusia dari segala malapetaka seperti yang telah dihuraikan. Cara yang ditempuh Islam ini tidak ubahnya bagai seseorang yang menderita penyakit fattak, bila tidak mungkin lagi diubati secara medis, maka anggota badan yang terkena penyakit tersebut terpaksa dipotong demi keselamatan seluruh jasadnya.

No comments:

Post a Comment