Wednesday 10 April 2013

Hukum nyanyian



Mazhab Hanafi – bila yang bernyanyi adalah seorang wanita dengan suara rendah sekira tidak sampai terdengar oleh orang lain maka hukumnya adalah boleh. Tapi sebaliknya bila ia bernyanyi dengan suara keras sampai terdengar oleh orang lain maka hukumnya adalah haram lebih-lebih bila nyanyiannya mengandungi ungkapan yang mengundang syahwat, menimbulkan fitnah seperti nyanyian yang menggambarkan sorang wanita, nyanyian yang memuja-muja khamar, nyanyian cinta atau roman dan sebagainya.

Adapun bila yang bernyanyi seorang lelaki, jika nyanyiannya bermaksud untuk memotivasi diri atau untuk membangkitkan semangat perajurit perang, mendorong seseorang untuk semangat bekerja dan jihaddd hukumnya adalah boleh. Tapi jika nyanyiannya nyanyian cinta, roman, seks hukumnya adalah haram.

Demikian juga (boleh hukumnya) menyanyikan kisaha atau kenangan masa lalu yang menggembirakan dengan syarat tidak memakai alat muzik dan tidak mengandungi ungkapan-ungkapan kotor dan seks, tidak ditempat maksiat seperti tempat perkumpulan yang didalamnya bercampur lelaki dan perempuan. Bila syarat-syarat ini tidak terpenuhi maka hukum nyanyiannya adalah haram sebagaimana yang terjadi pada zaman sekarang.

Mazhab Maliki – nyanyian adalah haram bagi perempuan dan selanjutnya haram mendengarnya. Nyanyian yang boleh menurut mereka hanyalah nyanyian seorang lelaki yang bertujuan untuk membangkitkan semangat perang atau member semangat kepada unta yang sedang berjalan di tengah padang pasir dan dengan syarat tidak diiringi dengan alat muzik.

Mazhab Syafi’e – hukum nyanyian yang sifatnya suka ria adalah haram jika diiringi dengan alat muzik. Haram bagi perempuan dan lelaki. Demikian juga hukum mendengarnya. Imam Syafi’e pernah berkata: “nyanyian adalah perbuatan yang melalaikan dan dibenci (Syari’), mirip dengan kebatilan. Orang yang banyak melakukannya dianggap safiih (bodoh) sehingga kesaksiannya tidak dapat diterima”.

Mazhab Hanbali – nyanyian adalah haram bagi perempuan dan lelaki bila dianggapmembangkitkan syahwat pendengarnya atau mengundang untuk bercampurnya lelaki dan perempuan atau juga bila nyanyiannya dapat meerndahkan wibawa dan kehormatan diri. Hukum mendengarnya juga haram kerana seorang yang mendengarkan melalui nyanyian asyiknya minum khamar, indahnya pipi, dada, indahnya kerinduan terhadddap seseorang, tergeraklah syahwatnya dan syaitanpun datang menghiasi dan menggoda hatinya akhirnya ia pun terjerumus melakukan maksiat menuruti keinginan syahwatnya. Dengan demikian maka nyanyian itu beerti menjadi alat bantu bagi syaitan untuk menjerat manusia kelembah maksiat. Sesuatu yang menjadi alat bantu atau penyebab terjadinya perbuatan haram maka ia pun turut menjadi haram.

No comments:

Post a Comment