Wednesday 10 April 2013

Hukum orang yang tercium bau khamr dari mulutnya



Orang yang dari mulutnya tercium bau khamr wajib dikenakan hukuman dengan syarat hendaklah disaksikan oleh dua orang bahawa bau tersebut kerana ia minum khamr. Demikian juga orang yang ditemukan sedang terhuyung-hayangan kerana minum khamr, wajib dikenakan hukuman  dengan syarat ada dua orang yang menyaksikan bahawa ia mabuk kerana minum khamr. Kerana bila saksi sudah ada maka tidak diharuskan lagi adanya bau khamr dari mulut seseorang untuk memastikan apakah ia minum atau tidak.

Mazhab Hanafi – pada kes diatas orang tersebut tidak dapat dikenakan hukuman haddd kerana haddd tidak dapat dilaksanakan tanpa ada saksi atas kejahatan yang dilakukan meskipun (dalam kes minum khamr) tercium bau khamr dari mulut seseorang

Mazhab Hanafi dan Syafi’e – adanya  bau minuman dari mulut seseorang tidak dapat dijadikan bukti satu-satunya untuk menetapkan hukuman atasnya kerana boleh jadi bau tersebut bukan bau khamr sehingga disana ada syubhat. Syubhat dapat membatalkan berlakunya hukuman

Mazhab Maliki dan Hanbali – hukuman wajib dijalankan meskipun hanya dengan bukti bau minuman dari mulut seseorang. Tapi dengan syarat disaksikan oleeh dua orang yang adil dihadddapan hakim. Demikian itu kerana diqiyaskan dengan persaksian atas dengkuran atau suara yang keluar dari mulut orang yang mabuk.

No comments:

Post a Comment