Wednesday 10 April 2013

Hukum meminum durdiy (Hampas) khamr



Durdiy adalah hampas atau sisa minuman yang mengendap di bahagian bawah botol minuman. Dalam hal ini ulama berbeza pendapat tentang hukum meminumnya.

Mazhab Syafi’e – haram hukumnya meminum sisa atau ampas khamr. Orang yang meminumnya dikenakan hukuman haddd. Demikian juga dengan sisa jenis minuman-minuman terlarang lainnya. Tapi tidak dikenakan hukuman orang yang mengkonsumsi khamr yang menyatu dengan suatu makanan. Contohnya memakan roti yang tepungnya diadun bersama khamr sebab zat khamrnya sudah hilang dimakan api. Hanya sahaja roti tersebut jadi bernajis.

Mazhab Hanafi – meminum sisa atau ampas khamr adalah makruh. Demikian juga memakainya untuk minyak rambut sebab ia termasuk bahagian dari khamr. Kerana hukumnya makruh maka orang yang meminumnya tidak dikenakan hukuman selama tidak sampai memabukkan kerna pekerjaan ini tidak biasa dikerjakan oleh orang yang akalnya sihat. Juga kerana meminumnya tidak akan membuat ia candu kemudian ampas tidaklah sama dengan khamr yang sebenarnya. Kerana itu hukumnya tidak dapat disamakan.

No comments:

Post a Comment