Wednesday 10 April 2013

Alat yang dipakai dalam perlaksanaan haddd



Alat yang dipakai adalah pelepah, sandal, hujung pakaian atau cambuk. Dalam hal ini, para ulama berbeza pendapat

Mazhab Syafi’e dan Hanbali – alat yang dipakai telah ditentukan iaitu hanya dengan pelepah kurma atau sandal atau hujung pakaian dan boleh memakai pelepah dan sandal sekaligus atau dengan pakaian dan tangan sekaligus. Demikian juga ddengan cambuk maka boleh memakainya. Hal ini berdasarkan riwayat dari Anas bin Malik bahawa NAbi s.a.w memakai pelepah dan sandal untuk memukul peminum khamr. Demikian juga Abu Bakar memakainya dan memukul 40 kali (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mazhab Hanafi dan Maliki – walaupun yang dilakukan Nabi hanya memukul dengan pakaian, sandal dan pelepah namun yang lebih afdal adalah memukul dengan cambuk kerana itulah yang dilakukan para sahabat Nabi s.a.w dan tidak ada diantara mereka yang mengingkari. Kemudian alas an lain kerana hukuman itu dapat tercapai dengan cambuk. Adapun tujuannya adalah seriknya si pelaku. Sebahagian ulama mutaakhirin (kemudian) berpendapat, untuk orang yang sangat degil memukulnya malah harus dengan cambuk. Untuk orang lemah trtentu dengan pakaian dan sandal dan untuk orang yang selain yang dua ini, tergantung apa yang dianggap padan.

No comments:

Post a Comment