Wednesday 10 April 2013

Dalil-dalil tentang jumlah pukulan



Pukulan untuk orang yang mabuk adalah lapan puluh kali. Jumlah ini disepakati oleh seluruh sahabat (ijmak sahabat) dan juga dikalangan ulama Hanafiah, Malikiah dan Hanabilah.

Mazhab Syafi’e – jumlah pukulannya dalah empat puluh sebab inilah yang ada riwayatnya dari Nabi s.a.w dan inilah yang dilaksanakannya. Inilah juga yang dipraktikkan Abu Bakar pada masa pemerintahannya. Ulama Syafi’eyah mengatakan bahawa sesiapa yang meneliti haddis-haddis yang datang dari Nabi s.a.w dengan berbagai macam riwayat yang berbeza-beza maka ia akan melihat bahawa yang lebih hati-hati (ahwath) adalah pendapat yang mengatakan empat puluh kali pukul tidak lebih. Adapun yang dilakukan oel Umar hanyalah ijtihaddd dari beliau sebagai hukuman ta’zir untuk orang-orang yang pada saat itu sangat candu dengan khamr. Batas yang sebenarnya adalah empat puluh kali hanya sahaja boleh dilebihkan sampai lapan puluh kali sebagai hukuman ta’zir atas peminum khamr.

No comments:

Post a Comment