Wednesday 10 April 2013

Hukum meminum sari buah



Para ulama berbeza pendapat dalam hukum meminum sari buah yang diperas kemudian dibiarkan lama lalu dimasak.

Mazhab Hanafi- Haddd untuk selain khamr dari segala macam bentuk sari buah adalah tergantung pada ukuran mabuk atau tidaknya. Sebagai contoh misalnya sari buah kurma dan kismis kalau sampai berubah dan berbuih kerana lama disimpan maka hukum meminumnya menjadi haram sedikit atau banyak. Tapi namanya adalah “nabidz” bukan khamr. Maka bila ia memabukkan, yang meminumnya wajib dihukum dan ia “nabidz” tersebut digolongkan kepada najis berat (mughallazhah) berdasarkan dalil qat’I dari Nabi s.a.w dengan sabdanya:

“Khamr berasal dari dua pohon ini, lalu beliau menunjuk kea rah pohon anggur dan kurma, maka apabila keduanya dimasak atau dimasukkan ke dalam masakkan maka hilanglah dari keduanya apa yang biasanya diduga oleh peminum bahawa ia tidak memabukkan sampai membuat linglung. Akan tetapi jika keduanya terlalu lama mendidih (dimasak), maka haram diminum”.

Adapun sari gandum (hintah), tin, beras, gandum (sya’ir), jagung, madu hukumnya adalah halal menurut mazhab ini. Baik yang sudah direndam lama atau dimasak tapi dengan syarat tidak memabukkan, bila membuat mabuk maka haram. Yang meminumnya dikenakan hukuman apabila ia mabuk kerana banyak meminumnya. Masih menurut mazhab ini, susu yang berubah dan membuat mebuk hukumnya juga menjadi haram.

Mazhab Maliki, Syafi’e dan Hanbali- setiap minuman yang banyaknya memabukkan maka sedikitnya pun tetap haram dan minuman tersebut dinamakan khamr. Orang yang meminumnya dikenakan hukuman haddd. Baik yang diminum tersebut dari jenis anggur, kismis, gandum (hintah), gandum (sya’ir), tin, jagung, beras, madu, susu dan lain-lain yang mentah atau yang dimasak kerana yang dinamakan khamr secara bahasa adalah sesuatu yang menutup akal (maakhamiru al-aqli).

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w yang bersabda: “Segala yang memabukkan adalah khamr”. Maka yang dinamakan khamr secara hakikat kebahasaan yakni bahasa yang lazim dipakai untuk sebutan khamr adalah sari buah atau perahan anggur yang sudah berubah. Sedangkan pengertiannya secara hukum syarak adalah: “Segala minuman yang memabukkan”.
 


Diriwayatkan dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim dari haddis Umar bahawa beliau berkata: “Khamr yang diharamkan nas adalah lima iaitu anggur, tamar, madu, gandum (hintah), gandum (sya’ir)”. Namun meski demikian yang dinamakan khamr itu adalah sesuatu yang menutup akal. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment