Wednesday 10 April 2013

Hukum minum sari buah yang belum berubah baunya



Apabila sari yang diperas itu sudah disimpan selama tiga hari tapi tidak berubah baunya, ertinya masih tetap tidak panas dan tidak dicampur dengan keju, maka statusnya tidak berubah menjadi khamr dan halal diminum. Kerana dalam bentuk seperti ini ia tidak akan membuat mabuk. Hal ini berdasarkan atsar yang diriwayatkan Aisyah, ia berkata: “Kami membuat nabidz untuk Rasulullah s.a.w dalam sebuah wadah dari kulit yang diikat atasnya san memiliki lubang dibawahnya. Kami membuat nabidz tersebut pada pagi hari lalu beliau meminumnya petang hari. Dan kami membuatnya petang hari lalu beliau minum pagi hari. (riwayat Imam hamad, Muslim, Abu Daud dan Imam Tirmidzi Rahimahumullah)”

Mazhab Hanbali – apabila sudah berlalu tiga hari, maka ia langsung berubah nama menjadi khamr dan hukum meminumnya haram. Wajib menumpahkannya walaupun ia belum mendidih atau berubah baunya dan tidak dicampur dengan keju. Alasannya adalah ia dinamakan khamr hanyalah semata-mata kerana disimpan (sampai tiga hari). Alasan lain adalah riwayat dari Ibn Umar, beliau berkata tentang ‘ashir: “minumlah ia sebelum syaitannya datang”. Kemudian ia ditanya: Setelah berapa lama syaitannya datang? Jawabnya: Setelah tiga hari (Kitab Hikam Ahmad dan selainnya).

No comments:

Post a Comment